Monday, December 31, 2012

Senarai Smartphone di bawah RM500 – Rebat Smartphone RM200

Bajet 2013
Sebelum ini, Perdana menteri mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 untuk pembelian Smartphone atas nama Pekej Komunikasi Belia pada Belanjawan 2013 baru-baru ini. Bagi belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun serta mematuhi syarat-syarat boleh membuat pemohonan bermula 1 January 2013 hingga 31 Desember 2013 melalui laman web SKMM. Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu Smartphone untuk satu belia.
Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia. 23 Smartphone berukut merupakan Smartphone 3G dibawah RM500.
Mesra mobile Model : Alcatel 993D
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 1Ghz Processor
Memory : 8Gb, microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Alcatel OneTouch Glory 2
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 650Mhz Processor, 256MB RAM
Memory : 150Mb, microSD
Camera : 3 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Alcatel OneTouch Inspire 2
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 4 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 800 MHz Processor
Memory : 150Mb, microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : HTC Wildfire
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 600 MHz ARM 11 Processor, 512Mb RAM
Memory : 512Mb, up to 32Gb microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Huawei Ideos X3
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 600 MHz Processor, 256MB RAM
Memory : 512Mb, up to 32Gb microSD
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : LG Optimus L3
Platform : Android 2.3.6 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 800 MHz Processor, 348MB RAM
Memory : 1Gb, up to 32Gb microSD
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Ninetology Black Pearl II
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : Dual-Core 1 GHz processor, 512MB RAM
Memory : 4Gb, up to 32Gb microSD
Camera : 5 Megapixel, 0.3 Megapixel Front camera
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Ninetology Palette (Dual Sim)
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 832MHz processor
Memory : Up to 32Gb microSD
Camera : 2 Megapixel, 0.3 Megapixel Front camera
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Nokia 2730
Platform : -
Display : 2 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : -
Memory : 30Mb, up to 2GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobile Model : Nokia 7230
Platform : -
Display : 2.4 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : -
Memory : 45Mb, up to 16GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobile Model :Nokia Asha 305 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 10Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobile Model : Nokia Asha 308 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 20Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobile Model : Nokia Asha 311
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : 1Ghz Processor
Memory : 140Mb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : -
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Nokia C2-03 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 2.6 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 10Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobile Model : Nokia Lumia 610
Platform : Microsoft Windows Phone 7.5 Mango
Display : 3.7 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 800 MHz ARM Cortex-A5 Processor, 256MB RAM
Memory : 8Gb
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Samsung Galaxy Chat
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), upgradable to v4.1 (Jelly Bean)
Display : 3 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 850 MHz Processor
Memory : 4Gb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Samsung Galaxy Mini
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.4 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 600 MHz ARMv6 Processor, 384MB RAM
Memory : 160Mb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Samsung Galaxy Pocket
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 2.8 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 832 MHz ARM 11 Processor
Memory : 3 Gb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Samsung Galaxy Y
Platform : Android 2.3.5 (Gingerbread)
Display : 3 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 830 MHz ARMv6 Processor, 290MB RAM
Memory : 180Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : Sony Xperia Tipo
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 800 MHz Cortex-A5 Processor, 512MB RAM
Memory : 3 Gb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : ZTE Acqua
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 1 GHz Cortex-A5 Processor, 512 MB RAM
Memory : 4 Gb, up to 32GB
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : ZTE V790 (Dual SIM)
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 3.5 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 1Ghz Processor, 512 MB RAM
Memory : 1 Gb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobile Model : The Buzz Phone
Platform : -
Display : 2.2 Inch
Processor : -
Memory : -
Camera : 1.3 Megapixel
GPS : -
Wifi : -

Kaedah rebat RM200 bagi telefon bimbit 3G sedang dikaji - Rais

Kaedah rebat RM200 bagi telefon bimbit 3G sedang dikaji - Rais KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menyiapkan jadual dan kaedah bagi membolehkan generasi muda mendapatkan rebat RM200 untuk membeli telefon bimbit 3G yang diperuntukkan menerusi Bajet 2013. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jadual dan kaedah tersebut dibuat bagi memastikan golongan sasaran mendapat rebat itu bermula 1 Januari tahun hadapan. "Selain rebat ini, sebanyak 100 pusat jalur lebar internet di seluruh negara juga akan dibina bukan sahaja di kampung, malah, di pekan atau di kawasan yang didiami rakyat miskin seperti di flat-flat," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perlawanan Badminton Persahabatan antara pasukan D'Sury dan Jabatan Muzium Malaysia di sini hari ini. Rais mengulas tentang Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Jumaat lalu yang meliputi pelbagai manfaat kepada rakyat pelbagai peringkat umur dan masyarakat. Dalam pada itu, Rais menegaskan, pembangkang bebas mengkritik Bajet 2013, namun kerajaan akan memastikan apa yang dijanjikan menerusi bajet berkenaan ditunaikan. "Bajet 2013 yang dibentangkan Najib menunjukkan daripada mana wang diperoleh dan formulanya berbanding bajet alternatif pembangkang yang tidak menjelaskan sumbernya. "Mereka hanya mahu menghapuskan beberapa perkara agar dapat menarik pengundi. Ia hanya bajet retorik, sedap di bibir tetapi tidak boleh dimakan dan jika dimakan akan mati, bermaksud ekonomi dan rakyat akan terjejas," ujarnya. Pada masa sama, Rais turut mempersoalkan dakwaan pembangkang Bajet 2013 adalah bajet pilihan raya sedangkan bajet alternatif pembangkang juga mempunyai matlamat sama namun, memberi impak negatif kepada ekonomi negara. Sumber Utusan Malaysia © Utusan Melayu (M) Bhd

Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G

Bajet 2013: Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G KUALA LUMPUR 28 Sept. - Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini. Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. "Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini. - BERNAMA Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, July 26, 2012

Cara membuat logo merdeka 55, sgt mudah!!

Cara buat logo kemerdekaan 55 tahun 2012




Ramai mengatakan dimana kekreativiti graphic designer yang ditugaskan membuat logo merdeka tahun ini? Atau adakah tawaran yang beliau terima sama dengan rekaannya itu?
Bagi admin, mungkin logo ni nampak simple tapi masih lagi logo. Mungkin yang penting ialah jiwai erti kemerdekaan atau sekadar kibarkan jalur gemilang yang jarang dilakukan rakyat sekarang.

Keterangan logo 55 tahun malaysia merdeka

Keterangan logo Merdeka 55

 


Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.
Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.
Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.
Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.
Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan  komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.
Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Fakta - Isu panas Logo Kemerdekaan Malaysia Ke-55 2012

Isu Logo Sambutan 55 tahun Malaysia Merdeka 2012


Malaysia Merdeka 2012 Logo


Logo Kemerdekaan Malaysia ke-55 2012 ini menjadi isu rakyat yang tidak puas hati dengan rekaannya yang sangat simple dan hanya boleh dilakukan menggunakan Microsoft Office. Tak sampai 5 minit pun boleh siap. lol

Tuesday, June 28, 2011

Sepah juara Maharaja Lawak

Sepah telah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak. Pada aku, mereka memang layak
sangat menang kerana menampilkan lawak moden yg berunsur nasihat
dengan persembahan konsisten setiap minggu. Lawak mereka juga agak segar dengan
idea baru yang membezakan Sepah dengan pelawak lain.
Tahniah Sepah. Rezeki anak pertama shuib kot...ape2 pon korang memang berbakat besar.
Pemenang Maharaja Lawak beserta habuan yang diterima mereka.

Tempat Pertama - Sepah - RM 350,000
Sepah Pusingan 1


Sepah Pusingan 2


Tempat Kedua - Jozan - RM 250,000
Jozan Pusingan 1


Jozan Pusingan 2


Tempat Ketiga - Nabil - RM 150,000
Nabil Pusingan 1


Nabil Pusingan 2


Pada aku yang telah mengikuti rancangan ini daripada awal lagi,, mereka yang bertanding semua adalah maharaja lawak, betul kata Apek senario, trofii maharaja lawak mereka adalah pada peminat semua.